Tips dan Teknik Menjual Dexandra perfume January 19, 2018 – Posted in: Tips Menjual Dexandra

Assalamualaikum. Harini saya nak share dengan semua dropship-dropship, cara nak buat income sampingan hanya dengan menjual Dexandra perfume.

Kisah kami: Saya faham, nak menjual… bukan senang. Kami pun bermula dari bawah, sebagai dropship. Sehingga sekarang, syukur Alhamdulillah, tuhan permudahkan rezeki. Dengan bermula modal RM150 juga, macam anda. Dulu, susah nak buat sales. Sebab tak reti, tak ada ilmu, tak ada mentor. Yer lah, masih newbies kan. Lama-lama patah semangat, sampai lah satu hari saya bertanya otai dan mentor mentor bisnes, cara nak buat sales. Baru lah sales mula masuk. Jadi dalam article ni, saya nak share teknik-teknik yang saya sendiri guna untuk jana sales melalui Dexandra

 

Teknik 1: Sembur perfume pada kawan-kawan pejabat.


Korang perasan tak, kalau kita mula menjual, memang susah nak cari pelanggan baru. Especially kalau pelanggan tu, dari kalangan orang yang kita tak kenal. Jadi sebab ni lah, kawan dan family sebenarnya adalah target pertama kita dalam berbisnes. Lebih mudah nak close sale dengan orang yang kita kenal, berbanding orang luar.

Cara saya nak tarik kawan-kawan, senang. Guna teknik soft-selling, dengan belanja semburan perfume. Kita pelan-pelan buat mereka tertarik pada Dexandra. Setiap hari, saya bawa perfume bersama saya ke office. Jumpa kawan di waktu pagi, saya tarik tangan mereka dan sembur. Jumpa dalam meeting, sembur lagi. Waktu lunch, sembur. Masa mula-mula saya segan, jadi kita pun buat-buat la sembur perfume depan mereka, biar mereka ambil bau sikit. hehe. But lama-lama buang terus rasa malu, tanya direct “korang nak try perfume tak?”. Nak lagi best, sembur pada tangan or baju kawan. Ini tips emas, sebab bila kita sembur pada fabrik, perfume Dexandra memang tahan lama.

Tengok lah, tak lama mesti ada orang minat nak beli. Sebab apa? Sebab diorang tak rasa di paksa membeli… diorang lama-lama akan rasa bau Dexandra ni wangi… and paling best, diorang mesti akan feedback macamni “Eh perfume apa kau spray tadi? Lama gila bau dia tahan, sedap pulak tu” (Ya ni Feedback sebenar).

Kadang-kadang, bila dah cuba bau, ada juga kawan yang nak beli dan buat hadiah pada pasangan/ibubapa/family. Dengan teknik ni, saya kadang-kadang dapat 4-5 botol sehari, and ada ramai regular customer di kalangan kawan office. Hah, senang saja kan nak menjual?

Nota: Betul, tak semua kawan yang akan minat nak beli. Saya tak kisah pun, saya anggap saja perfume yang saya sembur pada diorang tu sebagai sedekah untuk menggembirakan hati mereka, lepastu move on pada customer lain.

 

Teknik 2: Menggunakan Whatsapp chat.

Whatsapp ni power dan hebat, ramai seller selalu guna broadcast dan promote dalam group-group. Saya pun buat juga kedua-dua ni. Tapi teknik paling saya suka guna, sebenarnya send whatsapp personal. Yes, message directly tanya khabar dan bersembang.

Petua untuk whatsapp personal ni senang… JANGAN sesekali message “nak beli perfume” atau “aku jual perfume” dalam 5 message pertama. Sebab nya, kalau korang awal-awal terus cakap begitu, orang akan rasa malas nak layan, and rasa terpaksa membeli.
Kaedah yang saya guna sendiri, begini. Mula-mula tegur, bagi salam. Kemudian tanya khabar “sihat ke, apa cerita?”. Lepastu komen lah, lama tak jumpa… kerja okay ke? family and anak bagaimana. Untuk warm-up kan conversation tu. Lepastu baru tanya, “Eh kau pakai perfume apa sekarang?”, once dia dah jawab tanya lagi… “Pernah dengar perfume Dexandra tak?”. Baru lah mula bercerita pasal Dexandra. Cerita lah kelebihan Dexandra. Cakaplah yang Dexandra ni, mesra solat, pati EDP dari New Zealand, tahan sehingga 12 jam, dan harga berpatutan. Kena pandai memujuk kalau nak guna teknik ni. Cakap lah, beli sebagai hadiah husband ke, emak ke. InsyaAllah silap-silap diorang beli 2-3 botol terus. Kan best?

Mula-mula memang ralat, rasa malu, tapi lama-lama jadi biasa dan tak kisah. Kena buang rasa malu tu. Kalau malu, mana rezeki nak masuk, betul tak?

 

Teknik 3: Jadikan kawan sebagai ejen untuk menjual di office mereka.


Lepas dah lama cuba jual kat kawan-kawan office dan whatsapp, saya mula beranikan diri recruit kawan jadi ejen. Saya jadikan diorang kaki untuk target kawan-kawan diorang. Tapi of couse, saya akan share profit pada kawan saya. Selalunya diorang tak minta apa-apa pun, tapi saya masih akan kasi sebagai tanda berterima kasih. Kadang saya kasi hadiah, kadang bagi duit commission macam RM5 untuk setiap botol. Tapi kawan-kawan yang baik, jarang nak minta duit. Jadi saya akan offer free perfume.

Selalunya saya akan message kawan lebih kurang macamni… “Kau nak try tak bawa perfume aku kat office kau? Aku nak kasi tester ni, kasi member kau bau. Kalau ada sale 5 botol, aku kasi free sebotol kat kau”. Kadang saya kasi tester kit, kadang saya kasi full size 35ml. Ikut apa yang saya ada stock kat tangan. Kalau botol 35ml tu, saya suka kasi botol chaleur (Bombshell). Sebab bau ni paling senang nak jual kat orang perempuan. Orang lelaki pula, saya recommend Nemesis (Dunhill Blue), atau Woodbine (One Million).

Lepastu nak lagi best… ajar dia guna Teknik pertama: Semburan percuma; yang saya dah explain kat atas tadi. Memang best bila kita dapat combine dua cara ni, saya normally akan dapat close sale 5-10 botol seminggu. Jadi cepat-cepat list down kawan-kawan yang ada office yang berpotensi nak dijadikan sebagai kaki korang tu.

Nota: Selain kawan, saya recruit juga sepupu-sepapat untuk dijadikan kaki/ejen. Memang berbaloi. At least order sentiasa silih berganti.

 

Teknik 4: Bersembang di kedai kopi, kasi pinjam tester Kit.


Teknik ni, ramai yang terlepas pandang. Tapi ini coach saya sendiri share personally. Saya suka juga guna, sebab teknik ni tersangat lah santai. Caranya mudah, saya akan whatsapp atau call kawan, bertanya khabar. Lepastu ajak jumpa sembang-sembang di kedai kopi ke… mamak ke… starbucks ke… Tapi normally before jumpa tu, saya akan mention yang saya buat part time jual perfume Dexandra. Supaya kawan kita tu, tak de la rasa kena ambush bila tiba-tiba kat kedai mamak kita nak jual perfume pula kan.

Sampai di kedai mamak, macam biasalah, bersembang. Tapi jangan sesekali jumpa terus ayat pertama sebut pasal Dexandra. Kena la ada mukadimah dan warmup session dulu kan. Kalau tak, memang orang akan rasa kita tak ikhlas ajak dia jumpa. Kadang diorang akan rasa annoyed pun ada. Ini kita kena cuba elak.

Normally, bila nak balik, saya akan cakap begini “Oh ya, kan aku cakap aku jual perfume Dexandra. Ni ha aku bawa tester kit (20 botol tester + kotak) untuk kau. Nah aku kasi pinjam seminggu, guna la. Nak cuba perfume, tak boleh rushing, kena bertenang. Alang-alang tu, share-share la dengan housemate/family kau sekali. Kalau tak minat beli pun tak apa…” Lebih kurang macam ni la ayat saya.

Selalunya kawan memang akan bawa balik tester tu seminggu, then akan promote pada family. Kadang-kadang, ada kawan yang tinggal serumah family ramai-ramai, lagi best. Terus dia satu family beli. Sorang kawan saya pernah beli sampai 6 botol bila saya guna teknik macam ni. He he he.

 

Teknik 5: Letak tester di Vendor Butik.


Ada banyak vendor butik kat area rumah saya, jadi saya akan kaji dan pilih 3 lokasi yang saya rasa paling sesuai. Ya, kaji dan buat research. Saya akan senaraikan dalam 5-10 lokasi, lepastu shortlist 3 saja. Saya akan tengok consider beberapa perkara macam traffic kedai butik vendor, ramai ke tak pelanggan diorang, siapa pelanggan diorang, and paling penting, harga sewa kalau nak letak perfume kat butik diorang.

Lepas dah pilih 3 lokasi, saya test lagi ketiga-tiga tempat selama 3 bulan. Tengok sales mana paling tinggi secara konsisten, dan cuma jual di butik tu saja. Sampai lah sekarang. Paling kurang, sales sebulan RM300, lepas tolak sewa RM80… dapat untung RM220 sebulan. Berbaloi, sebab kerja kita cuma hantar perfume and kutip duit sales. Tak perlu spend masa nak layan customer.

Oh ya, di butik vendor, saya selalu letak perfume tester; yang 3ml tu. Saya akan pastikan ada dalam 20-30 botol tester kat butik tu. Jual tester ni bagus, sebab harga murah, jadi orang senang nak membeli. Kalau dapat arrange dengan butik and letak tester kat counter, lagi bagus. Lagi laju perfume terjual. Bukan tak boleh letak perfume full size, tapi mahal la sikit modal nya.

 

Teknik 6: Masuk carboot sales atau bazar-bazar (focus pada tester).


Saya selalu juga join carboot sale, dia penat sikit, tapi seronok. Sales pun selalunya laju, sebab ramai yang kesana memang mindset nya untuk membeli. Saya invest duit sikit, beli standing banner dexandra tu. Ada juga orang beli portable kiosk dexandra tu terus. Terpulang pada kemampuan. But bila orang dah tahu Dexandra, memang ramai yang akan stop bertanya. Di carboot sales, paling laku keras memang tester. Sebab tester ni paling murah, and selalunya diorang akan suka macam-macam bau. Yang saya suka, kat carboot sales ni, boleh upsell. Jadi saya selalu jual satu tester RM20, but kalau beli 3 tester, saya kasi RM45 (RM15 each). Memang automatic ramai terus beli 3. Sebab psikologi pembeli kan. Diorang suka diskaun.

Tapi, ramai juga yang akan beli botol 35ml terus. Sebab besar dan lebih berbaloi. Terpulang pada rezeki masing-masing. Untuk jual botol besar, saya akan cakap macamni.. “Oh kalau tester normally tahan 2-3 minggu, tapi kalau botol besar paling sikit pun tahan 3 bulan”.

Nota: Kalau yang berminat buka booth and buat carboot sales ni, jangan lupa snap gambar customer, boleh dijadikan testimoni online yang kita ni memang honest seller. Lagi satu, pastikan korang print business card banyak-banyak, letak nama, no whatsapp dan instagram/fb bisnes korang. Senang kalau customer tu nak repeat order. Nak lagi drastic, korang minta diorang punya nama dan nombor phone, di jadikan database. Lepas 2-3 hari tu, contact customer, tanya ok ke tak perfume Dexandra. Then screenshot, jadikan testimoni lagi.

 

Teknik 7: Bonus untuk student – Letak di koperasi atau approach Kelab Usahawan Muda.


Ramai juga di kalangan dropship saya terdiri dari student kolej dan universiti. Kadang mereka buntu sebab prospek (target customer) diorang agak terbatas. Jadi saya selalu nasihat, supaya diorang approach koperasi sekolah, letak perfume tester kat situ. Anggap sajalah, koperasi sekolah tu sebagai butik vendor korang. Lagi senang kalau korang boleh pujuk koperasi tu, beli perfume upfront. Terus terjual banyak botol sekaligus.

Selain koperasi, korang boleh juga approach kelab usahawan muda. Sebab seingat saya, kelab usahawan ni rajin buka booth. So boleh jual secara borong pada mereka.

 

Teknik 8: Bonus untuk student – Approach guru atau lecturer.

Selain letak di koperasi, ramai juga student yang jual pada cikgu atau lecturer. Diorang jenis tebalkan muka, redah terus bilik guru tu. Sebab cikgu ni, memang majoriti suka pakai perfume. Both tester dan botol besar Dexandra diorang suka. Selain tu, korang juga boleh suggest pada kawan/classmate untuk hadiahkan perfume 35ml Dexandra everytime korang nak sambut harijadi cikgu kelas/homeroom. Hari guru pun boleh juga dijadikan hadiah.

 

Itu sajalah teknik menjual yang saya selalu guna. Kalau korang ada idea kreatif lain, boleh share kat section komen di bawah. Sebenarnya nak menjual ni petua dia senang, pertama tak boleh malas, kedua tak boleh malu. Sebab kalau malas dan malu… memang rezeki tak masuk. Biasalah, kena reject dalam menjual tu. Kita kena move-on, jangan ambil hati, dan terus cari target customer yang baru. Rugi betul kalau siapa dah daftar jadi dropship Dexandra, tapi tak buat dengan betul.

Kalau sehari jual sebotol pun… sebulan dapat sideincome RM20 x 30 hari = RM600. Siapa nak kasi duit banyak tu. Lepas juga duit makan. Yang penting, kena terus usaha nanti barulah rezeki masuk. Good luck semua!

BERMINAT MENJADI AHLI DROPSHIP DE'XANDRA?

Sertai kami dan mula menjana pendapatan sampingan dari rumah sekarang.