Perbezaan antara De’Xandra yang original dan tiruan atau palsu January 19, 2018 – Posted in: Guideline Dexandra

Lately, makin banyak orang ramai yang hubungi kami, bertanya tentang status perfume de’xandra. Eh, betul ke tulen? Kenapa murah sangat? Jangan sampai terkena tau sayang-sayang semua.

Nampak serupa, tapi tak sama. Packaging, botol, semua mirip-mirip wangian De’Xandra. Lepastu, terpengaruh pula dengan kata-kata manis penjual “ya bang, betul yang ni Dexandra ori. Murah sebab saya beli direct dari kilang”. Lepas tu, kita pun duk try pakai. Haa mulalah, bau tak sama, bau tahan 2 jam saja, lagi teruk dapat pula allergic reaction.

Nota: bagi yang tak tahu… Perfume tulen De’Xandra dijamin tahan lebih kurang 6-8 jam… malah selalunya tahan sehingga 12 jam untuk setiap semburan. Ini kerana kami menggunakan pati dan formulasi wangian yang pekat berasaskan minyak (EDP).

Sabar, biar kami nak cerita. Perfume De’Xandra tidak akan sama sekali boleh di beli directly dari kilang. Dan harga jualan mestilah mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak HQ (RM75 – Semenanjung, RM80 – Sabah/Sarawak).

Kat bawah ni kami kongsikan antara yang original dan fake, termasuk juga notis peguam Dexandra. Baca dan hadam elok-elok ya, supaya korang tak kena tipu lagi.

Lepasni, kalau nak beli Dexandra, beli terus dari pengedar yang sah. Nak lagi senang, terus beli dari website kami. Dijamin tulen, siap boleh dapat free gift kalau beli dari website. Kalau seller yang banyak berdolak dalik tu, elak kan lah ye. Nanti bukan diorang nak bertanggung-jawab, yer la dah dapat duit kan 🙄. Nanti kita jugak yang sakit hati.