Bisnes anda down? Jom baca kisah sebenar siapakah pengasas Perfume Dexandra sebagai inspirasi January 26, 2018 – Posted in: Motivasi Bisnes

Berbisnes memang banyak cabaran. Turun naik. Kadang sales laju, berduyun duyun. Tapi kekadang slow. Satu pun tak masuk. Bila benda macam ni terjadi, rasa memang sangat susah hati. Bila berlarutan, kadang sampai nak give up berbisnes. Terlintas juga lah “Seronoknya kalau makan gaji macam dulu”. Tipulah kalau saya cakap tak pernah terpikir. Bila bisnes down, mesti terlintas rasa nak makan gaji kan. Betul tak?

Kadang-kadang, kita akan jatuh, paling teruk sampai duit sesen pun tak ada. Saya dulu, pengasas produk, tapi jatuh terduduk. Baki dalam bank, tinggal RM170 macamtu saja. Pening, malu, nak menangis, buntu. Semua ada.

Nak jumpa kawan-kawan, segan. Ya lah, ramai cakap saya ni tak boleh buat bisnes, dan risiko sangat tinggi. Berkurung je dalam rumah, tak nak jumpa sesiapa. Memang desperate sangat waktu tu. Nak jual produk orang lain, “Eh tak nak lah, tak glamour!”. Yer la, kita kan founder produk jugak sebelum tu.

Alhamdulillah, terbuka hati untuk layan youtube. Sampai terjumpa kisah Puan Erna, pengasas De’Xandra. Dulu… memang dah lama kenal De’Xandra, tapi personally tak penah nak cuba. Yer la… produk tempatan, inspired perfume pulak tu. Mentaliti, memang out lah. Fikirkan Dexandra ni jual perfume tiruan. Sebab secara personal, saya memang tak suka beli produk fake. Biar non-branded, janji bukan fake. Pantang. Kenapa? Sebab malu, if kantoi dengan kawan kita pakai produk fake.

Lepastu, pernah terdetik dalam hati. “Alaaa, siapa yang asaskan De’Xandra ni bernasib baik. Buat terus jadi, produk meletup. Mesti pump modal ratus ratus ribu at least. Boleh laaa dia berjaya…”. Lebih kurang macam tu lah.

Tapi lepas tengok video turun naik pengasas De’Xandra, semua berubah.
Video apa tu ya? Cuba tengok di bawah ni.

Syukur, mata hati saya terbuka. Buang sikap ego, buang sikap tinggi diri. Saya beranikan diri, buat segala-galanya… untuk bangun balik. Bawak Uber, untuk cari duit lebih. Kenapa? Sebab kisah saya, sama dengan Puan Erna. Jadi saya nak kumpul modal… jadi macam dia.

Perlu ke saya join keluarga De’Xandra? TIDAK!
Tak perlu pun. Cumanya kenapa De’Xandra? Sebab kisah sama. Orang cakap, nak cari mentor yang paling bagus, kena cari mentor yang pernah lalui kisah yang sama macam kita. Sebab Puan Erna dah lalui, dah tahu teknik close sale, teknik jual perfume. Jadi kerja kita dah mudah. HQ dah sediakan roadmap dan blueprint untuk berjaya. Kerja saya, ikut saja apa yang HQ dah rancangkan.

Jadi… perlu ke join Dexandra? Well, tak wajib. Nak join bisnes lain pun boleh. Tapi sikit je saya nak pesan… Satu: Buang ego, buang malu. Just buat saja. Insyaallah, tuhan dah janji kejayaan untuk orang yang berusaha, dan Dua: carilah mentor yang dah terbukti kejayaan nya. Tanpa mentor, boleh berjaya, tapi lambat. Ibarat naik basikal. Dengan mentor, kita macam naik roket. Laju je untuk ke maju depan. Tapi bila dah jumpa mentor tu… jangan pula degil dan tak dengar cakap. Itu dah lain tu. haha.

Lastly…
Mentor saya selalu cakap,
“What you give, you get back”.

Makin banyak usaha, makin tinggi pulangan hasil yang kita dapat. Jadi jangan stop dari berusaha. Saya doakan korang berjaya, dalam apa saja bisnes yang anda buat.