5 tips untuk menjual Dexandra bagi Dropship di peringkat awal August 3, 2018 – Posted in: Tips Menjual Dexandra

Pening kan nak mulakan bisnes? Dulu saya pun macamtu. Nak mula… rasa sangat ragu-ragu. Eh boleh ke aku buat bisnes ni? Dah la tak pernah menjual, membeli pernah lah. Tapi lama-lama dah biasa. Kalau dulu merangkak… kini Alhamdulillah dah mula kencang. Belajar dari mentor, belajar dari kawan-kawan yang buat bisnes sendiri, non stop belajar dan majukan diri sendiri. Alhamdulillah, kali ini saya nak cuba sharekan tips-tips, bagaimana cara untuk memberanikan diri untuk approach customer. Bukan untuk menjual perfume Dexandra saja tau, boleh juga digunapakai untuk semua bisnes-bisnes yang lain.

 

TIPS 1: Kenali produk dexandra, wajib guna dan pakai, wajib jatuh cinta dengan produk.
Ini wajib! Untuk memulakan bisnes, even in any nature of business pun ya, kita mesti kenal produk kita from A to Z. Kena faham, produk kita untuk apa? Target siapa? Masalah yang di selesaikan? Kelebihan, dan kekurangan produk kita.

Ambil contoh, kalau anda penjual Dexandra macam saya. Anda kena tahu… Apa sebenarnya brand Dexandra ni cuba lakukan? Sebelum kita nak jual pada customer, pastikan kita kenal produk range Dexandra ni. Perfumes misalnya. Ada berapa jenis? Yang mana sesuai untuk orang lelaki… mana pula untuk orang perempuan? Wangiannya pula bagaimana? Some of it soft, sweet or even intense. Harus fahami produk apa yang kita jual. so nanti bila customer tanya, kita dah bersedia.

Macamana nak kenali perfume? Ha! Pastikan kita sendiri guna dan cinta produk De’xandra. Kalau tak guna, macamana nak kenal. Kalau tak kenal, macamana nak cinta. Kalau tak cinta, macamana nak recommend pada customer!? Saya sendiri, akan selalu recommend perfume Dexandra yang saya personally pakai pada customer. Perfume yang saya kurang gemar… agak slow jualan nya. Kenapa..? Sebab saya akan cakap “Haa sis, bau ni best. Saya pakai sendiri.” Jadi selalunya customer akan ikut recommendation kita.

Bayangkanlah… kita tak suka produk De’xandra. Kita rasa De’xandra ni tak best, tak berbaloi beli… Kita sendiri pun, tak akan dapat yakinkan customer untuk cuba dan guna perfume Dexandra ni kan. If awak tak gemar De’xandra, tak apa. Itu normal. Bukan semua orang akan suka perfume De’xandra, Tapi saya nasihat untuk awak cari dan tukar kepada bisnes lain yang awak betul-betul minat.

 

TIPS 2: Buang rasa malu
Perasaan malu ketika mula nak berniaga, itu normal. Kerana kita tak biasa nak promote barang apa-apa produk sebelum ni. Yer lah, saya kerja makan gaji. Jadi tak pernah nak buat direct selling. Malu sangat nak message kawan-kawan lama, takut menganggu mereka. Malu juga nak promote di social media, konon takut buat followers kita rasa annoyed/menyampah dengan posting kita. Nak approach family pun malu, takut apa pula diorang kata.

Rugi rugi… Saya dulu malu. Tapi at one point, pernah terkena tarbiyah sentap sikit. Kena nasihat begini “If malu buka mulut… 100% orang confirm tak kan beli. If kita buka mulut, 50% peluang orang akan beli”. Terus butakan mata, pekak kan telinga, dan paling penting, keraskan hati… dekati dan approach kawan-kawan dan strangers untuk promote Dexandra.

Setiap kali rasa malu, kita betulkan dan tetapkan balik niat dalam hati, kita berniaga untuk mencari duit lebih supaya dapat membantu keluarga dan mengubah diri sendiri! Fikir, siapa yang akan susah bila kita tak dapat buat side income… fikir wajah mak… wajah ayah… wajah anak. Bila hati kita kuat, insyaallah kita boleh tepis kata2 sinis dari orang luar yang tidak menyokong kita. Remember, only we can change our life. No one else can do it for us!

 

TIPS 3: Approach lah keluarga dan kawan-kawan rapat, minta mereka sokong bisnes kita!
Tidak dinafikan lagi, keluarga dan sahabat handai merupakan kumpulan terdekat dan pengkritik paling jujur! Dekati mereka dan cuba promosikan produk Dexandra. Bukan setakat keluarga terdekat, saudara mara jauh sekalipun! Gunakan peluang terbaik ini, ketika berkumpul sekeluarga misalnya. Mungkin anda boleh saja cuba teknik, menjual sambil memujuk. “Dik, cubalah perfume baru Dexandra ni,support bisnes akak!” walaupun bukan semua, tapi mungkin ada yang sangkut nanti! Rugi ke kalau mereka tak beli? Tak kan. Tapi if mereka beli..? Ha, siapa yang untung? Silap-silap jadi regular customer terus nanti kan.

 

TIPS 4: Gunakan sebanyak mungkin selling channel/medium bisnes yang sesuai, online atau offline.
Sesetengah dari kita mungkin lebih yakin berbicara TANPA berdepan dengan customer. Ya lah, malu kan. Tak apa, kalau malu nak approach offline – pastikan kita approach online dulu. Zaman sekarang lebih mudah dengan adanya pelbagai media sosial seperti facebook, instagram, twitter, skype dan sebagainya. Gunakan medium perantaraan ini sebagai tempat untuk mempromosi produk Dexandra, dan mencari potential customer anda. Gunakan teknik softsell yang diselang selikan dengan teknik hard selling. But remember, always walk your talk! So customer akan percaya anda adalah trusted seller mereka. Once dah mahir dekati customer secara online, kita boleh cuba cara offline pula.

 

Tips 5: Rejection? No worries! MOVE ON!
Kita tidak akan tahu potensi diri sekiranya kita tidak memberanikan diri untuk cuba sesuatu yang baru. Dalam hidup ini, kita senantiasa perlu mencuba. Sebagai pendatang baru, persiapkan mental anda kerana rejection dari customer adalah normal. Dari 100 orang customer, mungkin seorang dua sahaja yang membeli. Saya dulu, nak dapat first customer, punya lah susah. Asyik kena reject, tapi once dah terjual botol pertama tu, terus rasa gembira. Rasa senangnya nak buat bisnes. Makin laju, makin ligat. Lama-kelamaan, perasaan sedih dan down bila kena reject tu dah hilang dah. Everytime kena reject, terus saya move on cari potential customer yang lain.

Kuncinya… Kena kuatkan hati dan jangan berhenti mencuba!

Diharap tips ini dapat membantu anda untuk mengorak langkah ke hadapan bersama keluarga besar Dexandra. Let passion leads you.

Nota: Artikel ini ditulis oleh Azian, salah seorang Reseller Dexandra yang sah.

Azian (Dexandra Consultant + Reseller)
Kawasan COD: Damansara, Sungai buloh, Bangsar, Kuala Lumpur
No telefon: +6013-3604-828