5 jenis pelanggan pertama yang wajib anda approach untuk memulakan perniagaan anda February 3, 2018 – Posted in: Tips Menjual Dexandra

Ramai di kalangan agent dropship saya patah semangat. Katanya susah nak jual produk. Lepas mendaftar sebagai dropship, terus senyap. Tak reti menjual, malu nak approach orang. Bila satu pun tak terjual, mulalah hilang fokus. Itu biasa, dan normal sangat. Jangan risau, ini saya nak kongsikan tips siapa yang anda perlu approach untuk close sales di awal anda berniaga. Tips-tips ni, saya buat dan amalkan sendiri waktu mula berniaga Dexandra dulu.

Kenapa tips ni penting..? Sebab bila anda dah close sales dengan golongan di bawah, anda akan rasa yang satu) berniaga ni, tak susah; dua) produk yang anda jual ada potensi dan pembeli… dan tiga) anda akan bersemangat untuk terus berbisnes. Yer lah, kita kena la start enjin kereta dulu, baru la boleh gerak jauh, kan…

Jadi, siapakah 5 golongan yang saya maksudkan tu?

1. Ahli Keluarga dan Saudara-Mara

Keluarga paling senang nak membeli dengan kita. Sebab tu saya list sebagai nombor satu. Sebab apa penting approach keluarga? Sebab diorang tak kan rasa annoyed kalau kita menjual, dan yang paling penting, kita tak de lah rasa awkward sangat nak approach mereka. Angap je family ni, sebagai kita punya target practise sebelum kita approach customer luar yang kita tak kenal langsung.

Lagipun, diorang selalunya akan sejuk hati and akan support usaha kita untuk berniaga. Selalunya saya akan mulakan dengan ayat begini “Kak, sekarang Mie ada jual barang Dexandra”. Lepastu akan explain kebaikan produk, dan kemudian selamber je tanya “Akak suka perfume kan, nak try tak? Support la bisnes Mie ni… (sambil tersenyum macam kerang)”.

Yer la, kakak mana tak nak support bisnes adik kan… hehe. Lepas dah menjual tu, jangan lupa minta feedback. Cakap macam ni “Okay tak cara saya approach akak tadi? Kritik la sikit, boleh improve if next time nak jual pada customer”. Haa… time ni, siap sedialah. Selalunya diorang akan kasi nasihat and tips, kita kena try dengar lah. Untuk improve teknik approach customer in the future kan.

Dengan buat muka tebal, tanya pada family… Saya dapat jual dalam 10-12pcs perfume Dexandra macam tu jer.

2. Kawan-kawan rapat

Selepas dah tanya semua ahli keluarga, korang boleh la cuba target kawan-kawan rapat pula. Tapi syaratnya, kawan ni mesti kawan yang korang biasa berjumpa, biasa bersembang-sembang. Bukan kawan yang tegur setahun sekali. Sebab kawan yang rapat ni… diorang macam family juga, senang nak beli sebab akan support kawan sendiri.

Silap silap, korang boleh jual 2-3 produk terus. Macamana tu ya..? Senang je. Bila kawan baik dah agree nak beli perfume, korang baca ayat jampi keramat ni

“Eh, alang-alang tu, why not kau belikan perfume untuk mak kau sekali. Kalau beli 2, aku boleh kasi diskaun special untuk kau”

Insyaallah, 70-80% orang akan tambah lagi satu perfume. Senang kan? Masa mula dulu, saya jual dalam 6-8 botol pada kawan-kawan rapat.

Nota: Kalau kawan baik korang tak nak beli tu, tak apa. Kita jangan berdendam, just move on and cari kawan lain pula. Yer la, kena reject dalam bisnes tu, perkara biasa.

3. Rakan sepejabat (colleagues)

Kawan tempat kerja pun, wajib korang approach. Sebab diorang ni, selalu berinteraksi dengan korang, yer lah, nama pun hari-hari jumpa kat pejabat kan. Jadi mesti korang tak rasa awkward sangat nak approach diorang.

Nak approach kawan office senang. Kalau yang berani, boleh terus cakap lebih kurang macamni

“Eh, Waty. Kau pakai perfume apa ya? Aku sekarang pakai Dexandra. Memang aku suka gila sebab bau sedap dan tahan. Kau nak try tak?”

Tapi, kalau korang rasa takut nak approach tu, boleh cuba teknik “semburan cinta”. Senang je, bawa perfume dexandra dalam handbag atau poket, sambil-sambil dekat meja member tu… atau sambil-sambil menunggu lif dengan member ke… korang spray perfume (kat badan sendiri). Lepastu cakap…

“Nak try? Bagus perfume ni, aku pakai memang best and tahan”.

Macam tu je lah. Kita guna teknik soft sell. Kita sebut “Nak try?” instead of “Nak beli?” Jangan pula korang kedekut nak sedekah 1-2 spray perfume kat kawan tu tau. Sebab Dexandra ni kan, kalau dah pakai lagi senang jatuh cinta. Yer la, bau kan tahan lama. Mesti orang jadi impress punya.

Approach colleagues memang best, sebab saya suka round department sendiri dan department lain. Nak jual 10-15 botol sebulan tu, memang senang sangat bila round satu office.

4. Jiran sebelah rumah (Neighbours)

Golongan ke-empat yang kita boleh approach adalah jiran tetangga. Yang ni… siapa duduk area rumah flat or apartment tu paling syok. Ya lah, jiran banyak kan. Tambah-tambah pula, sekarang kita akan ada whatsapp group kawasan perumahan. Memang dah senang, tinggal korang nak buat ke tak nak je. Saya selalu akan post tanya kat group macam ni…

“Saya baru restock perfume, ada sesiapa nak cuba? Boleh PM tepi”.

Akan dapat sorang dua customer sebagai pemulaan. Once dah close customer tu, kita tangkap gambar, then tanya dalam group. Mintak diorang punya feedback. Bukan apa, sebab kita nak tunjuk yang customer pertama tadi tu memang genuinely suka produk kita. Dan dari positive feedback yang sorang tu lah, orang lain akan lebih terbuka hati nak try cuba perfume Dexandra dengan kita.

Bila try jual kat jiran, saya selalu dapat close dalam 5-6 botol. Tapi sebab saya duduk area rumah teres. Agent saya yang duduk rumah pangsa tu, biasa sangat dah jual sampai 20-30 botol sebulan. Yer la, makin ramai penduduk, makin ramai lah orang yang ada dalam whatsapp group tu. Ye dak?

5. Kawan lama atau kenalan (old friends & acquaintances)

Golongan ni, saya sengaja letak last. Bukan tak boleh approach, tapi kena pandai cara. Masih boleh close sale dengan mereka, jangan risau. Tapi kena ada cara. Mula-mula, kena kasi salam. Bertanya khabar, gosip-gosip dulu. Jangan terus nak menjual, kang nampak nau tak ikhlas. Terus diorang malas nak layan korang.

Kena slowly pujuk diorang, kasi diorang mesra balik. Lepas dah message 5-6 kali… baru korang cakap macamni…

“Wey, aku sekarang buat bisnes dexandra. Bagus perfume ni sebab bla…bla…bla… (terangkan kelebihan perfume Dexandra). Ko nak try?”

Kebiasaannya, diorang akan terpujuk nak beli. Bukan sebab nak pakai sangat, tapi sebab nak support bisnes kawan. Melalui cara ni, saya dapat close 4-5 botol sebulan.

Itu je lah tips yang saya boleh kongsi. Cuba lah, insyaallah senang nak close sales. Tak cuba, tak dapat rezeki. Kalau cuba, Insyaallah ada rezeki. Saya dah kasi tips, tinggal korang tanya je diri sendiri, nak buat ke tak. Itu je lah. Tapi, secara jujur, saya pun bermula dengan buat benda-benda di atas. Alhamdulillah, rezeki makin murah. 🙂